The Lord of the Rings
The Lord of the Rings

The Lord of the Rings

The Lord of the Rings atau Penguasa Cincin merupakan karya epik fantasi karangan pengarang berbangsa British iaitu J. R. R. Tolkien. Kisahnya bermula dengan sebuah sekuel sebelumnya iaitu buku fantasi The Hobbit, tetapi kemudian dikembangkan menjadi cerita yang lebih panjang. Ia ditulis antara tahun 1937 dan 1949, yang kebanyakannya ditulis ketika Perang Dunia Kedua. Ia diterbitkan dalam tiga jilid pada 1954 dan 1955, dan telah dicetak berkali-kali dan diterjemahkan kepada banyak bahasa. Berkemungkinan, karya tersebut adalah hasil sastera yang paling terkenal dalam abad kedua puluh.Aksi dalam The Lord of the Rings digambarkan sebagai dunia atau Bumi sebenar dan didiami manusia dengan tambahan rekaan makhluk pada zaman yang direka juga. Tolkien menamakannya dalam Bahasa Inggeris moden, Middle-earth (Bumi-Tengah), merujuk kepada bahasa Inggeris kuno iaitu Midgard/Middangeard. Kisah tersebut berkaitan dengan pelbagai kaum seperti Hobbit, Elf, Manusia, Orang Kerdil dan Ahli Sihir, dan bertumpukan kepada Cincin Kuasa yang dibuat oleh Raja Kegelapan Sauron. Bermula dengan keadaan lengang dan tenang di Shire, cerita berkembang merentasi Bumi-tengah lalu mencetuskan Perang Cincin. Cerita utamanya diikuti enam lampiran tambahan yang menyediakan pengetahuan tentang sejarah dan bahasa tentang cerita tersebut.Seperti hasil penulisan Tolkien yang lain, The Lord of the Rings telah dijadikan bahan untuk analisis lanjutan tentang tema sastera dan asalnya. Pengaruh yang terdapat di dalamnya termasuklah filologi, mitologi dan keagamaan, begitu juga dengan hasil fantasi dan pengalaman Tolkien ketika berperang. The Lord of the Rings telah dikatakan sebagai genre fantasi moden dan kesan penggunaan perkataan Tolkienian dan Tolkienesque dalam hasil kerjanya membuatkan perkataan tersebut direkodkan dalam Kamus Inggeris Oxford.Populariti yang hebat dah mampu bertahan oleh cerita ini telah mewujudkan satu budaya yang dipengaruhi oleh hasil kerja Tolkien. The Lord of the Rings telah memberi inspirasi untuk dijadikan permainan, cerpen, hasil seni dan muzik. Banyak hasil adaptasi dari karya Tolkien telah dibuat dan satu daripadanya adalah trilogi filem The Lord of the Rings yang dilancarkan pada 2001-2003 yang menyebabkan pertambahan minat dari kalangan akan The Lord of the Rings dan hasil karya Tolkien yang lain.